*******SEPUTEH HYO*******

Kursus Pengupayaan Wanita

Welcome | About Us | About Us | Objective | Current Activity | Activities | Awards | Youth Exchange Programme | Logo | HYO Song | Membership | Contact Us

KURSUS PENGUPAYAAN WANITA

 

Pertubuhan  Belia  Hindu  Seputeh  (Seputeh  HYO)  dengan kerjasama Kementerian  Pembangunan  Wanita  &  Keluaraga  telah menganjurkan Kursus   Pengupayaan   Wanita  selama  2  hari  pada  Sabtu,  20hb hingga  Ahad, 21hb  Disember 2003 di Hotel Grand Paradise, Brickfields.  Seramai 82 orang wanita dalam lingkungan umur dari 18 - 40 tahun telah menghadiri kursus selama 2 hari 1 malam ini. Tempat penginapan, makan/minum dan alatulis telah disediakan untuk peserta.

 

Tujuan utama kursus ini dianjurkan adalah untuk membentuk dan memantapkan generasi wanita yang berpengetahuan dalam hal-hal berkaitan dengan keluarga, ekonomi, kesihataan, pendidikan, sosial dan budaya. Kursus ini juga melahirkan wanita yang berwawasan tinggi oleh kerana golongan wanita masa kini mempunyai peranan yang amat strategik dalam pembangunan negara dan bangsa.

 

Penceramah yang telah menjayakan kursus ini adalah Encik KA Gunah dengan tajuk "Kearah Keluarga Bahagia", Dr Rupa Saminathan dengan tajuk "Perkembangan Akademik", Dr Thilagawathi Kanagaretnam dengan tajuk "Keperibadian & Keagamaan" dan Puan Rajeswari Ganeson denga tajuk "Wanita Nadi Pembangunan". Selain daripada itu, Bengkel Aktiviti Dalam Kumpulan telah dilaksanakan oleh Encik Vidyasaagar dari Thendral Weekly Magazine manakala seisi berdialog bertajuk "Penglibatan Wanita Di Dalam Kerjaya Berseragam" oleh ASP Puan Thamarai Letchmi Muthusamy dari Maktab Polis Diraja Malaysia dan Puan Kausalya Devi Sathoo, Penguasa Penjara dari Jabatan Penjara Malaysia.

 

Majlis ini dirasmikan oleh YB Senator M. Saravanan AMN., Ahli Dewan Negara merangkap Setiausaha Perhubungan MIC Wilayah Persekutuan manakala Perasmian Penutup oleh YBhg Encik Mohd Isa Bin Mohd Noor, wakil Penolong Pengarah, Jabatan Belia & Sukan Wilayah Persekutuan.

 

Majlis penutupan diakhiri dengan penyampai sijil penyertaan oleh YBhg Encik Mohd Isa Bin Mohd Noor.

Published in Thendral Weekly Magazine
kpw-then2.jpg

kpw-then1.jpg

Published in Makkal Osai
kpw.makkalosai.jpg

Article Published In Vannampadi
kpw.vannampadi.jpg

Article published in Tamil Nesan
kpw-np.tn.jpg

Article Published In Nanban
kpw.nanban.jpg