*******SEPUTEH HYO*******

Welcome | About Us | About Us | Objective | Current Activity | Activities | Awards | Youth Exchange Programme | Logo | HYO Song | Membership | Contact Us

Pertukaran Belia 2004

Sandanakaruppiah Ramadas telah mengikuti Program Pertukaran Kapal Belia Asia Tenggara & Jepun 2004 selama 44 hari bermula dari 31hb Ogos 2004 hingga 31hb Oktober 2004 bersama-sama dengan 28 orang belia dari seluruh Malaysia. Pemilihan bagi program ini bermula dengan menghadiri temuduga peringkat Jabatan Belia Negeri. Mereka yang berjaya dalam temuduga tersebut mesti menghadiri kem pemilihan di peringkat kebangsaan melalui orientasi pelbagai aktiviti selama 3 hari dan 2 malam. Peserta yang berjaya melepasi kem pemilihan ini akan diberi peluang untuk menyertai program ini. 

Dua bulan sebelum program ini, peserta yang dipilih dikehendaki menyertai latihan ‘pre-departure training 1’ selama 3 hari 2 malam anjuran Kementerian Belia dan Sukan di International Youth Centre. Latihan ini meliputi pengenalan asas tentang program SSEAYP 2004 (Ship for Southeast Asian Youth Programme) dan ahli-ahli jawatankuasa KABESA (Kapal Belia Asia Tenggara Jepun). Kemudian peserta telah menghadiri program ‘pre-departure training 2’ selama 2 minggu bagi persiapan kontingen merangkumi aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, persembahan kebudayaan, kemahiran diri, pengucapan awam, latihan ketahanan fizikal, dan sebagainya.

Pada tahun ini program telah bermula di Jepun dan berakhir di Singapura. Negara-negara yang dikunjungi mengikut aturan adalah Jepun, Filipina, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Singapura. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sewaktu pelayaran. Antaranya seperti malam persembahan kebudayaan oleh negara masing-masing, perbincangan kumpulan, permainan tradisional, aktiviti kelab dan sebagainya. Peserta dibahagikan dalam 11 kumpulan berasingan bernama ‘Solidarity Group’. Setiap kumpulan disertai oleh 2 atau 3 orang wakil dari setiap negara. Di negara yang dilawati, peserta telah dibawa ke kunjungan rasmi bersama pemimpin negara tersebut. Selain melawat tempat-tempat menarik, peserta juga diberi peluang untuk menghayati penghidupan masyarakat sesebuah negara melalui “homestay” bersama keluarga angkat.

Patung Golek Hindu di Jakarta
san9.jpg

Mesyuarat bersama Menteri Pendidikan di Jakarta
san7.jpg

Di bilik kontrol Kapal Nippon Maru
san2.jpg

Lawatan ke Air Nippon Airways, Jepun
san1.jpg

Pelajar tempatan di Muzium Ho Chi Minh, Vietnam
san5.jpg

Di Muzium Marine Laut, Thailand
san4.jpg

Persediaan di atas kapal
san8.jpg

Bersama keluarga angkat di Nagano, Jepun
san3.jpg

Shreelatha Nadason telah mewakili Wilayah Persekutuan bagi program 3S (Sabah, Sarawak & Semanjung) selama 14 hari bermula dari 11hb September 2004 hingga 25hb September 2004 bersama-sama dengan 29 orang belia dari seluruh Malaysia. Program ini telah dimulakan di Penang, berikutan di Labuan WP, Sabah dan Sarawak. Program anak angkat di Kampung Acheh, Penang, di Limbang, Sarawak dan Ranau, Sabah telah mengajar cara kehidupan suku kaum masing-masing dan juga satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Misalnya majlis jemputan orang Iban di rumah panjang, pakaian dan tarian orang Iban dan Kadazan serta perpaduan di Kampung Acheh.

Gotong-royong di Kg Acheh
cleaning.jpg

Dalam pakaian orang Iban
iban.jpg

Di pintu depan rumah panjang di Limbang
longhseentrance.jpg

Perlawanan sahabat dengan belia Kg. Acheh
netball2.jpg

Dengan kanak-kanak Kadazan di Ranau
limbangmazau.jpg