Majlis yang diadakan di Cuisine Restaurant Kshippra, Tun
Sambanthan ini telah memberi peluang kepada Ahli JawatanKuasa untuk beramah mesra dengan Pegawai Kawasan Seputeh Jabatan Belia
dan Sukan yang baru iaitu YBhg Puan Suhana Salleh. Disamping menyambut kedatangan pegawai Kawawan Seputeh yang
baru, Ahli JawatanKuasa juga telah menyampaikan cenderamata kepada YBhg Encik Mohd
Isa Bin Mohd Nor, bekas Pegawai Kawasan Seputeh, Jabatan Belia Dan Sukan sebagai
tanda penghargaan keatas sokongan dan bimbingan YBhg Encik Mohd Isa Bin Mohd
Nor selama dua tahun bersama Pertubuhan Belia Hindu Seputeh. Selain
daripada 13 orang Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Belia Hindu Seputeh, majlis ini juga telah dihadiri oleh YBhg Puan Suhailah,
Pegawai Pembangunan Ekonomi Belia Jabatan Belia Dan Sukan, Wilayah Persekutuan. Majlis ini bersurai dengan jamuan makan.
|